China tolak perintah tribunal antarabangsa

China tolak perintah tribunal antarabangsa

BEIJING, 12 Julai – China dengan segera menolak satu perintah tribunal antarabangsa hari ini yang mengatakan tuntutan luas mereka ke Laut China Selatan tidak mempunyai asas undang-undang, mengatakan ketetapan itu batal dan tidak sah dan mengatakan Beijing tidak akan menerimanya.

Keputusan oleh lima ahli panel di The Hague memberikan kemenangan besar ke atas Filipina, yang telah memfailkan kes itu pada 2013, mencabar asas sembilan garis yang China gunakan untuk menuntut hampir kesemua Laut China Selatan. Manila membantahnya kerana ia mencabuli 200 zon ekonomi eksklusif 200 batu mereka sendiri.

“Tiada asas perundangan untuk China mendakwa hak bersejarah mengenai sumber kekayaan di kawasan laut yang dipertikaikan itu sebagai milik mereka,” menurut kenyataan mahkamah.

Ia merujuk kepada garisan tuntutan pada peta 1947 kawasan laut berkenaan yang kaya dengan sumber asli, galian dan perikanan.

Dalam perbicaraan membabitkan 497 muka surat itu, hakim mendapati pasukan peronda penguat kuasa undang-undang China mengambil risiko bertembung dengan bot nelayan Filipina serta menyebabkan kerosakan kepada terumbu karang selepas kerja pembinaan pulau tiruan atasnya.

Para aktivis membawa pelekat anti-China dan AS berarak menuju kedutaan China dalam satu bantahan di Manila menjelang perintah tribunal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). - AFP
Para aktivis membawa pelekat anti-China dan AS berarak menuju kedutaan China dalam satu bantahan di Manila menjelang perintah tribunal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – AFP

China yang memboikot kes dibawa ke mahkamah oleh Filipina berkata, ia tidak akan mematuhi sebarang peraturan ditetapkan oleh tribunal antarabangsa

Presiden China Xi Jinping secara berkali-kali menegakkan pendirian Beijing bahawa Laut China Selatan telah menjadi kawasan China sejak “zaman purba” dan berkata kedaulatan wilayah China dan kepentingan di rantau itu tidak akan dipengaruhi oleh apa jua keadaan oleh perintah itu, menurut Agensi Berita Rasmi Xinhua.

“Sandiwara itu kini sudah berakhir,” kata Menteri Luar Wang Yi dalam satu temu bual dengan penyiar kerajaan CCTV. Sementara itu, Menteri Luar berkata dalam satu keterangan: “China menolak dan tidak akan menerima sebarang tuntutan atau tindakan berdasarkan anugerah itu.” – AP