China tuduh Manila, Tokyo bergabung isu LCS

China tuduh Manila, Tokyo bergabung isu LCS

BEIJING, 7 Ogos (AFP) – Jepun dan Filipina bekerjasama di forum keselamatan serantau minggu ini untuk menyerang China berhubung Laut China Selatan yang dipertikaikan, menurut Kementerian Luar China, ketika butiran muncul tentang pertikaman lidah yang kadangkala menjengkelkan ketika rundingan di Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sekitar tengah malam memetik Menteri Luar China Wang Yi sebagai memberitahu Sidang Mesyuarat Asia Timur semalam bahawa Beijing tidak menghalang kebebasan pelayaran di laluan air yang menjadi rebutan itu.

Setiausaha Negara AS John Kerry memberitahu forum bahawa China mengetatkan pelayaran dan penerbangan. Kerry juga berkata pembinaan kemudahan oleh China bagi ‘tujuan ketenteraan’ di kepulauan buatan manusia di Laut China Selatan membangkitkan ketegangan dan berisiko, ‘mencetuskan kekerasan tentera’ oleh negara-negara lain yang juga turut menuntut.

China mendakwa kebanyakan Laut China Selatan, yang mana perdagangan bernilai $5 trilion yang dibawa oleh kapal melaluinya setiap tahun. Filipina, Vietnam, Malayasia, Taiwan dan Brunei juga turut sama menuntut.

Kenyataan China itu tidak menyebutkan tentang Kerry atau kritikannya pada mesyuarat itu di Kuala Lumpur, yang mana rundingan didominasi oleh tindakan China membina tujuh pulau buatan di kepulauan Spratlty di Laut China Selatan.

Tetapi ia berkata Menteri Luar Filipina Albert del Rosario ‘menyerang’ dasar Laut China Selatan China dan menerima sokongan dari rakan sejawatannya dari Jepun.

Jepun telah meningkatkan kerjasama keselamatan tahun ini dengan beberapa buah negara penuntut yang berbalah dengan China, terutamanya Filipina.

ARTIKEL YANG SAMA