China umum eksesais di LCS

China umum eksesais di LCS

BEIJING, 18 Julai – China hari ini berkata ia menutup sebahagian Laut China Selatan bagi latihan tentera minggu ini, beberapa hari selepas tribunal antarabangsa menidakkan tuntutan Beijing ke atas hak pemilikan keseluruhan laluan air strategik itu.

Pentadbiran maritim Hainan berkata kawasan di tenggara wilayah pulau akan ditutup bermula hari ini hingga Khamis, tetapi tidak memberikan butiran tentang jenis latihan. Pihak tentera laut dan kementerian Pertahanan tidak membuat sebarang ulasan.

Pengumuman itu dibuat dalam pertengahan lawatan tiga hari ke China oleh laksamana tertinggi tentera laut AS untuk membincangkan pertikaian Laut China Selatan dan cara-cara untuk meningkatkan interaksi antara kedua-dua ketenteraan itu.

Ketua Operasi Tentera Laut Laksamana John Richardson mengadakan pertemuan dengan pemerintah tentera laut China, Laksamana Wu Shengli, ketika lawatan ke Beijing dan bandar pelabuhan, Qingdao yang bermula Ahad lalu. Dia juga dijadualkan melawat akademi kapal selam tentera laut, pengangkut pesawat udara pertama China dan membincangkan latihan tentera Lingkaran Pasifik yang sedang dijalankan.

Komando Tentera Laut China, Laksamana Wu Shengli (kanan) menunjukkan reka letak ibu pejabat Tentera Laut China kepada Ketua Operasi Tentera laut AS, Laksamana John Richardson (kiri) semasa lawatannya ke Beijing. – AFP
Komando Tentera Laut China, Laksamana Wu Shengli (kanan) menunjukkan reka letak ibu pejabat Tentera Laut China kepada Ketua Operasi Tentera laut AS, Laksamana John Richardson (kiri) semasa lawatannya ke Beijing. – AFP

China menolak perintah Khamis lalu oleh Mahkamah Tetap Penimbangtaraan Hague dalam kes yang diusahakan oleh Filipina dan enggan menyertai dalam penimbangtaraan. Ia memberi respons dengan menegaskan bahawa kepulauan di Laut China Selatan adalah ‘wilayah dalam China” dan berkata ia boleh mengisytiharkan zon pengenalan pertahanan udara di perairan jika ia merasa terancam.”

Dalam menunjukkan keing-karan seterusnya, Beijing menyusuli perintah itu dengan pendaratan dua buah pesawat udara awam ke atas padang udara baru di terumbu Mischief dan Subi yang dipertikaikan dan menghantar pengawal pantainya untuk menyekat bot menangkap ikan Filipina daripada sampai ke beting yang dipertikaikan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA