China, Vietnam tangani perselisihan laut

China, Vietnam tangani perselisihan laut

BEIJING, 13 Sept – China dan Vietnam berjanji semalam akan mengendali perselisihan laut dengan betul dan mempertingkat kerjasama dua hala seterusnya.

Janji itu dibuat tatkala Perdana Menteri China Li Keqiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatan Vietnam Nguyen Xuan Phuc, yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke China mulai Ahad.

Ketika rundingan yang diadakan di Great Hall of the People, Li memberitahu Phuc isu Laut China Selatan adalah berkaitan dengan kedaulatan wilayah, kepentingan laut serta sentimen negara.

“China dan Vietnam perlu bekerjasama untuk mematuhi perjanjian yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, melindungi kestabilan di Laut China Selatan dan membina kata sepakat untuk mengembang hubungan dua hala serta melindungi keamanan laut dan serantau,” kata Li. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA