Chinese Banks rancang labur AS$900 bilion dalam projek ‘belt and road’

Chinese Banks rancang labur AS$900 bilion dalam projek ‘belt and road’

BEIJING, 29 Mei (Bernama) – China Development Bank, bank dasar China, menjangka melabur hampir AS$900 bilion dalam kira-kira 900 projek berkaitan dengan inisiatif ‘Belt and Road’.

Cadangan projek berkaitan ‘Belt and Road’ China itu akan melibatkan sejumlah 60 negara, demikian lapor CRIENGLISH.com, milik negara pada Jumaat. Lebih AS$10 bilion telah dilabur kepada kira-kira 50 projek berbeza di bawah pelan ‘Belt and Road’ melibatkan sektor gas, perlombongan, elektrik dan telekomunikasi.

Sementara itu, Perdana Menteri China Zhang Gaoli berkata negara itu merancang menubuhkan enam koridor ekonomi di sepanjang negara-negara ‘Belt and Road’ yang akan menghubungkan di seluruh Asia dan Eropah.

“Projek itu akan dibiayai, sebahagiannya, menerusi Bank Pelaburan Infrastruktur Asia dan Silk Road Economic Development Fund,” akhbar China Daily milik negara memetik Zhang sebagai berkata.

Menurut akhbar itu koridor tersebut ditubuhkan merentasi China-Mongolia-Rusia, New Eurasian Land Bridge, China Tengah dan Asia Barat, China-Indo-Semenanjung China, China-Pakistan dan Bangladesh-China-India-Myanmar.

Inisiatif ‘Belt and Road’ China termasuk Silk Road Economic Belt (SREB) dan 21st Century Maritime Silk Road (MSR) diilhamkan oleh presidennya, Xi Jinping,

Konsep SREB adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara di seluruh Asia, Eropah dan Afrika, di samping menggalakkan kerjasama maritim dengan negara-negara jiran ASEAN.

ARTIKEL YANG SAMA