CHMS sapu gelaran badminton

CHMS sapu gelaran badminton

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Chung Hwa Middle School (CHMS), Bandar Seri Begawan menyapu bersih semua empat gelaran yang dipertandingkan dalam Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Bagi Kawasan Brunei I, 2015.

Anson Huang Zhan Ming merangkul kejuaraan Perseorangan Lelaki selepas menang 21-6 dan 21-1 ke atas Mohd Khairul bin Hamdan dari Sekolah Rendah (SR) Pengiran Anak Puteri (PAP) Besar. Tempat ketiga dimenangi Mohd Aiman Haziq bin Samrin dari SR Saba Darat.

Kategori Perseorangan Perempuan dijuarai Mary Magdalena Glory binti Jumat yang menewaskan Siti Norhalijah binti Haji Alias dari SR Raja Isteri Fatimah dengan kiraan mata 21-10 dan 21-7. Nurul Mardiah binti Jaafar dari SR Sungai Kebun memenangi tempat ketiga.

Pasangan Justin Lim Kok Jun dan Royce Wong Pak Yu mengalahkan pasangan dari SR Saba Darat, Mohd Rusidi bin Haji Said dan Mohd Eric Naqiuddin bin Bakir straight set 21-8 dan 21-7 untuk muncul juara Kategori Beregu Lelaki. Pasangan dari Sekolah St Andrew, Jaymuel Joseph dan Giuseffe Ronnel bin Gisang berpuas hati meraih gangsa.

Haji Puteh ketika menyampaikan piala kepada juara beregu lelaki dari CHMS.
Haji Puteh ketika menyampaikan piala kepada juara beregu lelaki dari CHMS.

Manakala Angelina Theresa dan Lu Kang Ning menjulang kejuaraan Beregu Perempuan menerusi kemenangan 21-9 dan 21-10 ke atas pasangan dari SR Pengiran Anak Puteri Besar, Nur Zahirah Syakirah dan Siti Nur Badriah.

Memenangi tempat ketiga ialah Nur Nabilah binti Mohd Firazimash dan Nor Siti Fatimah binti Zakaria dari SR Dato Ahmad.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan di Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie berkenaan dan kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Kegiatan Luar, JPKK, Kementerian Pendidikan, Haji Puteh bin Haji Timbang.

ARTIKEL YANG SAMA