Chong Wei hampiri gelaran pertama

Chong Wei hampiri gelaran pertama

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) – Pemain bukan pilihan Datuk Lee Chong Wei Datuk Lee Chong Wei kini bersedia untuk menentang pemain pilihan ketiga Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark pada Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat di Kolej Komuniti Suffolk County, Brentwood, Amerika Syarikat.

Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat ini merupakan penampilan pertama Chong Wei dalam kejohanan terbuka dan cabaran antarabangsa ketiga selepas digantung lapan bulan atas kesalahan doping.

Dalam perlawanan separuh akhir di New York, bekas pemain nombor satu dunia mengambil masa 32 minit untuk menumpaskan Rajiv Ouseph dari England 21-9 dan 21-14 untuk menempah tiket pertamanya ke pusingan akhir kejohanan terbuka selepas digantung lapan bulan.

Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun itu memenangi semua tiga perlawanan menentang pemain Denmark berkenaan dan pertemuan terakhir mereka ialah pada Terbuka Indonesia 2014.

Chong Wei akan menentang Hans-Kristian Vittinghus pada final Terbuka AS. – Reuters
Chong Wei akan menentang Hans-Kristian Vittinghus pada final Terbuka AS. – Reuters

Dalam perlawanan separuh akhir yang lain, Vittinghus terpaksa berhempas pulas untuk mara ke peringkat akhir kejohanan Terbuka Amerika Syarikat.

Pemain nombor 18 dunia itu terpaksa bekerja keras untuk menewaskan pemain pilihan utama Chou Tien Chen dari Taiwan 12-21, 21-11 dan 21-13 dalam masa 51 minit.

ARTIKEL YANG SAMA