Chong Wei juara Terbuka China

Chong Wei juara Terbuka China

FUZHOU, China, 15 Nov (AFP) – Jaguh badminton perseorangan Malaysia, Lee Chong Wei menewaskan pemain No.1 dunia, Chen Long pada saingan akhir Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China di Haixia Olympic Sports Center, Fuzhou, hari ini.

Chong Wei menundukkan Chen Long dengan kutipan mata 21 – 15, 21-11.

Beliau mara ke final setelah menundukkan seteru utamanya, Lin Dan 17-21 21-19 21-19 pada saingan separuh akhir, semalam.

Pada hari yang sama juga, Chen Long turut menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11 21-17 untuk mara ke final.

BADMINTON-CHN

Kejayaan Chong Wei menamatkan badi ke atas musuh tradisinya, Lin Dan bukan sahaja membantu beliau menebus kekalahan selepas tewas pada pertemuan terakhir pada pusingan kedua Terbuka Jepun September lalu, tetapi turut menjadikan rekod kemenangan mereka kepada 10-25.

Chong Wei yang kali terakhir menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu pada Terbuka Korea Selatan tiga tahun lalu, bangkit selepas tewas pada set pertama untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada aksi yang berlangsung selama 92 minit itu, Chong Wei yang ketinggalan agak jauh, 10-15 pada set ketiga mengatur strategi yang lebih baik untuk mengutip lapan mata secara berturut-turut sebelum kembali terikat 19-19, namun kemenangan lebih memihak kepadanya.