Chong Wei juarai Terbuka Kanada

Chong Wei juarai Terbuka Kanada

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) – Datuk Lee Chong Wei hari ini menjuarai Terbuka Kanada 2015 di Calgary selepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat dengan mengalahkan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong 21-17 dan 21-13 dalam masa 35 minit.

Kemenangan ini sebagai pembakar semangat buat pemain berusia 32 tahun ini yang berazam untuk muncul buat kali ketiga kejohanan peringkat olimpik pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil nanti.

Chong Wei kini menduduki ranking ke-99 dunia selepas tidak menyertai beberapa kejohanan antarabangsa akibat digantung selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping.

Setelah tamat menjalani hukuman, beliau membantu pasukan Malaysia memperoleh pingat gangsa pada Sukan SEA di Singapura.

Pada 22 Jun lalu, Lee Chong Wei hanya mengambil masa 39 minit untuk menewaskan lawannya pada perlawanan akhir Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, sekali gus meraih gelaran kejuaraan pertama beliau dalam kejohanan terbuka.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu membuktikan beliau tidak kehilangan sentuhan walaupun tidak beraksi selama lapan bulan dengan menewaskan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus, 22-20 dan 21-12.

Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat yang berlangsung di Kolej Komuniti Suffolk County, Brentwood, Amerika Syarikat ini merupakan penampilan pertama Chong Wei dalam kejohanan terbuka dan cabaran antarabangsa ketiga selepas digantung lapan bulan atas kesalahan doping. Chong Wei berusaha untuk memperbaiki kedudukan beliau dalam ranking dunia sejak kembali daripada penggantungan lapan bulan lepas.