Chong Wei kecewa tak dapat uji pemain muda

Chong Wei kecewa tak dapat uji pemain muda

GEORGETOWN, 22 Jan – Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Chong Wei mengakui sedikit kecewa apabila hasrat untuk bertemu pemain profesional, Zulfadli Zulkifli dalam aksi suku akhir Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters, hari ini tidak kesampaian, menurut laporan BH Sukan, hari ini.

Ketika Chong Wei mudah mengatasi lawannya, Derek Wong dari Singapura 21-10, 21-10 namun nasib malang menimpa Zulfadli apabila tewas di saat akhir kepada pemain India, Ajay Jayaram 21-11, 8-21, 20-22 biarpun suatu ketika mendahului 19-11 pada set penentuan dalam aksi pusingan ketiga, malam tadi.

Peminat badminton tempatan sememangnya menunggu pertembungan Chong Wei untuk perebutan ke separuh akhir dengan bekas juara remaja dunia 2011 yang dianggap pemain yang bakal mengambil alih tempat jaguh negara itu apabila dia bersara.

“Saya ada tengok perlawanan dia dengan Ajay, memang sayang dia kalah. Dia mendahului 19-11 tetapi kalah. Ini peluang dia untuk menghasilkan keputusan yang baik di tempat sendiri. Namun, saya harap dia tidak berputus asa dan belajar daripada kekalahan ini,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Chong Wei yang sudah empat kali merangkul gelaran Malaysia Masters bermula 2009 hingga 2012, berkata dia sudah semakin hampir untuk berada pada tahap prestasi terbaiknya selepas mengharungi empat perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA