Chong Wei mara ke final atasi Lin Dan

Chong Wei mara ke final atasi Lin Dan

RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Jaguh perseorangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei menyalakan harapan untuk memenangi pingat emas apabila mara ke final, di sini, hari ini dalam perlawanan yang penuh dramatik.

Pemain nombor satu dunia itu mara selepas menewaskan musuh tradisi, Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 dalam masa 79 minit.

Kemenangan ke atas sensasi China itu juga menebus kekalahannya di pentas final Beijing 2008 dan London 2012.

Ia juga kemenangan pertama Chong Wei ke atas juara dunia lima kali itu dalam kejohanan utama selepas tumbang lima kali di pentas final iaitu dua kali di Olimpik, dua kali di Kejohanan Dunia dan sekali di Sukan Asia.

pg24_160820_olympic logo

Reaksi Lee Chong Wei selepas memenangi perlawanan keatas Lin Dan dalam acara badminton perseorangan lelaki separuh akhir di Stadium Riocentro, Rio de Janeiro. – AFP
Reaksi Lee Chong Wei selepas memenangi perlawanan keatas Lin Dan dalam acara badminton perseorangan lelaki separuh akhir di Stadium Riocentro, Rio de Janeiro. – AFP

Perlawanan antara Lee Chong Wei, 33, dan Lin Dan, 32, berkemungkinan pertemuan yang terakhir dalam sukan olimpik dimana mereka berdua dijangka akan bersara jelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain dari China, Chen Long pada hari Sabtu ini dalam acara final. – AFP