Chong Wei paling bernilai

Chong Wei paling bernilai

 

NEW DELHI, 8 Dis – Jaguh badminton Malaysia, Lee Chong Wei menjadi pemain rebutan utama dalam lelongan bagi Liga Badminton Premier 2016 yang berprestij.

Lelongan itu berkesudahan dengan pasukan Hyderabad Hunters memperoleh khidmat Chong Wei pada harga AS$100,000 untuk menghadapi pusingan awal kejohanan itu di Mumbai, yang berlangsung mulai 2 Jan dan perlawanan akhir diadakan pada 17 Jan di sini. Pemain Nombor 2 dunia wanita dari India, Saina Nehwal, akan bermain untuk Awadh Warriors dari Lucknow setelah pemberi francais membayar AS$100,000 untuk khidmatnya.

Persatuan Badminton India (BAI) menganjurkan liga itu setelah mengadakannya untuk kali pertama pada 2013, yang menarik penyertaan banyak pemain terkemuka dunia.

PBL 2016 melibatkan enam francais, dengan setiap francais menjadi hos bagi satu liga dua hari.

Lee Chong Wei menjadi pemain badminton yang paling bernilai dalam lelongan bagi Liga Badminton Premier 2016. - Reuters
Lee Chong Wei menjadi pemain badminton yang paling bernilai dalam lelongan bagi Liga Badminton Premier 2016. – Reuters

Pasukan yang mengambil bahagian ialah Delhi Acers, Hyderbad Hunters, Mumbai Rockets, Awadhe Warriors, Bengaluru Topguns dan Chennai Smashers.

Selain Chong Wei, dua pasangan beregu Malaysia juga akan menyertai kejohanan dua minggu ini.

Lim Khim Wah dan Hoon Thien How akan bermain untuk Bengaluru Topguns dengan bayaran kira-kira AS$15,000 seorang.

Koo Keat Kien dan Tan Bonn Heong pula akan bermain untuk Hyderabad Hunters, dengan Koo dibayar AS$36,000 dan Tan AS$30,000. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA