Chorz tampil 20 kugiran sempena ulang tahun ke-5

Chorz tampil 20 kugiran sempena ulang tahun ke-5

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Chorz Music Production telah menampilkan 20 buah kumpulan kugiran tempatan di studio latihan muziknya di Tanjung Bunut yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-5, hari ini.

Menurut Pemilik Chorz Music Production, Awang Mohd Jamarshahree bin Haji Mohd Jaafar, acara berkenaan adalah sebahagian daripada program yang dirancang dan ia menjadi salah satu cara Chorz mengiktiraf pelanggan yang merupakan anak seni tempatan yang giat membuat persembahan baik secara persendirian mahupun di ruang radio atau acara di negara ini.

Justeru itu, katanya, mereka menjemput 20 kugiran tempatan untuk membawakan lima buah lagu dalam slot masing-masing yang antaranya dimulakan pada jam 11 pagi sehingga 11:30 malam.

Awang Mohd Jamarshahree (berdiri, dua kiri) bersama ahli jawatankuasa sambutan ulang tahun Chorz yang ke-5 tahun.
Awang Mohd Jamarshahree (berdiri, dua kiri) bersama ahli jawatankuasa sambutan ulang tahun Chorz yang ke-5 tahun.

Pada sesi pertama, 11 pagi sehingga 3:30 petang, antara kugiran yang mempersembahkan lagu-lagu mereka ialah Roots Rock Raggae, De’ Fussion Band, Legendary, The Other Side, Unexpected dan Perfect Scums.

Sesi kedua yang bermula jam 4 petang sehingga 6 petang, menampilkan kumpulan Karisma, Melodia, Leftovers, Sideorder, Azrak, Acidyouth dan I Am No 4, sementara itu, pada sebelah malam bermula jam 7:30 hingga 11:30 malam pula menampilkan ProjecTiesto, Flowers, Eda Brig, Envisage, Agenda, Dirty Clock dan Rocket Fluid.

ARTIKEL YANG SAMA