Chorz tampil 20 kugiran tempatan

Chorz tampil 20 kugiran tempatan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Chorz Music Production akan menampilkan 20 kumpulan kugiran tempatan di studio latihan muziknya di Tanjung Bunut dalam acara bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-5 pada 25 Oktober 2015 nanti.

Pemilik Chorz Music Production, Awang Mohd Jamarshahree bin Haji Mohd Jaafar, berkata majlis itu adalah sebahagian daripada program yang dirancang dan menjadi salah satu cara Chorz mengiktiraf pelanggan yang merupakan anak seni tempatan yang giat membuat persembahan baik secara persendirian mahupun ke udara di radio atau acara-acara di negara ini.

Justeru, katanya mereka menjemput 20 kugiran tempatan untuk membawakan lima buah lagu dalam slot masing-masing, yang akan bermula pukul 11:00 pagi sehingga 11:30 malam pada 25 Oktober 2015 ini.

Pemilik Chorz Music Production ketika ditemui hari ini.
Pemilik Chorz Music Production ketika ditemui hari ini.
Ruang ‘Jamming’ Chorz Music Production yang bakal berusia lima tahun tersebut.
Ruang ‘Jamming’ Chorz Music Production yang bakal berusia lima tahun tersebut.

Pada sesi pertama, dari pukul 11:00 pagi sehingga 3:30 petang, antara kugiran yang akan mempersembahkan lagu-lagu mereka ialah Roots Rock Raggae, De’ Fussion Band, Legendary, The Other Side, Unexpected dan Perfect scums.

Sesi kedua, dari jam 4 petang sehingga 6 petang, akan menampilkan kumpulan Karisma, Melodia, Leftovers, Sideorder, Azrak, Acidyouth dan I Am No 4 sementara itu, pada sebelah malam bermula jam 7:30 hingga 11:30 malam pula akan menampilkan ProjecTiesto, Flowers, Eda Brig, Envisage, Agenda, Dirty Clock dan Rocket Fluid.

Menurut Awang Mohd Jamarshahree lagi, mana-mana kugiran yang berhasrat untuk turut serta memeriahkan lagi acara berkenaan boleh menghubungi pihak Chorz dan menjemput peminat-peminat seni kugiran tanah air untuk menyaksikan sendiri aksi anak-anak tempatan dalam memperjuangkan seni muzik tanah air.