Chris Pratt beri semangat kepada pesakit kanak-kanak

Chris Pratt beri semangat kepada pesakit kanak-kanak

SEATTLE – Pelakon Chris Pratt,37 telah mengongsikan satu gambar bersama salah seorang pesakit kanak-kanak di akaun Instagram sewaktu melawat Hospital Kanak-Kanak Seattle baru-baru ini.

“Madisen adalah seorang kanak-kanak yang cantik, tabah dan cukup kuat untuk bertarung dengan kanser yang dihadapinya. Semoga dia cepat sembuh agar dapat meneruskan aktiviti kegemarannya seperti melukis, bidang fesyen dan melawat ke tempat-tempat menarik,” jelas pelakon yang membintangi filem Jurassic World itu melalui kapsyen pada gambar yang dikongsikannya itu.

“Terima kasih kepada @seattlechildrens kerana memberikan saya peluang untuk mendekati pesakit kanak-kanak sekali gus memberikan semangat kepada mereka,” tambah beliau.

Pelakon filem Guardians of Galaxy itu turut meluangkan masa untuk bertemu dengan seorang pesakit bernama Rowan yang menyarungkan kostum Groot iaitu salah satu karakter dalam filem tersebut sempena Hari Halloween tahun lalu.

Chris Pratt bersama salah seorang pesakit kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak Seattle.
Chris Pratt bersama salah seorang pesakit kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak Seattle.

ARTIKEL YANG SAMA