CHTF pesta inovasi teknologi

CHTF pesta inovasi teknologi

SHENZHEN, China, 23 Nov (Bernama) – Pameran Hi-Tech China (CHTF) 2015 menawarkan inovasi untuk sepanjang minggu kepada pempamer dan pengunjung, terutamanya peminat teknologi, dari 16 hingga 21 November, 2015 di Bandar Raya Shenzhen di Wilayah Guangdong, China.

Pameran itu adalah satu pesta mengenai trend dan konsep berkaitan teknologi. Pada tahun ini CHTF melancarkan sebuah projek baharu ‘Belt and Road’ di mana pempamer boleh mencari pelanggan baharu dan merebut peluang perniagaan yang menguntungkan.

Dua puluh sembilan delegasi dari 21 buah negara, seperti Rusia, Korea Selatan dan Australia, membawa sejumlah besar produk berteknologi tinggi ke acara tersebut.

Sebagai contoh, Symmetra dari Rusia menawarkan sebuah platform awan berevolusi Internet-Of-Things untuk sebuah ‘Bandar Raya Pintar sebagai satu Perkhidmatan’ dan peralatan analisis Data Besar; MAISON Consulting & Solutions, sebuah syarikat ahli MARSONS USA Corporation Group yang berpangkalan di Pakistan.

Dengan tema ‘kewirausahaan inovatif, integrasi lintas batas’, CHTF 2015 hadir sebagai pameran berbagai produk dan solusi teknologi inovatif. – Agensi
Dengan tema ‘kewirausahaan inovatif, integrasi lintas batas’, CHTF 2015 hadir sebagai pameran berbagai produk dan solusi teknologi inovatif. – Agensi

MAISON merupakan peneraju pasaran dalam pelaksanaan Microsoft Business Solutions dan mempunyai bilangan terbesar pelaksanaan yang berjaya di Pakistan; syarikat Korea SEJU Engineering Co., LTD adalah pencipta pertama aplikasi penguji alkohol mudah alih yang membolehkan pelanggan untuk menguji tahap alkohol dengan menggunakan telefon pintar mereka.

Pempamer dari China juga memaparkan produk teknologi tinggi terbaharu mereka.

Kuang-Chi Science yang berpangkalan di Shenzhen menarik minat pengunjung dengan produk-produk berevolusi dan berinovatif seperti Kuang-Chi Martin Jetpack, kenderaan ke udara ‘Cloud’, dan stesen udara UFO U1 yang dipaparkan dalam sebuah dewan yang mempunyai tema ‘Ruang Yang Mendalam’ .

Di samping itu, syarikat-syarikat Internet yang terkemuka, Tencent dan Baidu, mempamerkan penyelesaian mereka yang hebat mengenai ‘Internet plus’ di dewan Nombor 1.