Chung dakwa ‘disabotaj’ FIFA

Chung dakwa ‘disabotaj’ FIFA

SEOUL, 6 Okt (AFP) – Chung Mong-joon dari Korea Selatan berkata dia menghadapi penggantungan 15 tahun oleh Jawatankuasa Etika FIFA yang “mensabotaj” kempennya bagi merebut jawatan Presiden badan bola sepak dunia itu, tetapi menafikan sebarang salah laku dan berikrar untuk meneruskan bidaannya bagi mengetuai FIFA.

Bercakap pada sidang akhbar di Seoul hari ini, Chung membacakan kenyataan sembilan muka surat, menyatakan dakwaan ke atasnya, yang ditolaknya sebagai helah “untuk menghalangnya dari bertanding bagi Presiden FIFA.”

“Alasan fundamental mengapa saya dijadikan sasaran adalah saya menumpukan ke atas struktur kuasa FIFA yang ada,” kata Chung.

Terbatas dengan peraturan sulit, Jawatankuasa Etika FIFA tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kes Chung dan tiada sebarang respons kepada ulasannya hari ini.

Chung berkata dia didakwa melanggar enam bab dari Kanun Etika FIFA, yang dikatakannya berpunca dari “sokongannya” bagi bidaan Piala Dunia Korea Selatan 2022 dan cadangannya untuk melancarkan Dana Bola Sepak Dunia (GFF).

“Jawatankuasa Etika tidak mendakwa saya dengan kesalahan jenayah, dan ia tidak mendakwa saya dengan ‘sogokan, ‘korupsi’ atau ‘konflik kepentingan,” katanya.

“Semua jawatankuasa etika bergantung ke atas di mana saya tidak diberikan ‘kerjasama’ penuh atau ‘kolaborasi” dengan penyiasatan dan saya telah melanggar ‘keperluan penting’.”

Chung berkata cadangannya bagi penubuhan GFF selaras dengan peraturan FIFA pada ketika itu dan sudah disiasat dan dijelaskan.