Chung: Platini rakan lawak Blatter

Chung: Platini rakan lawak Blatter

SEOUL, 31 Julai (AFP) – Bilionair Korea Selatan, Chung Mong-Joon semalam mengesahkan dia akan bertanding bagi menggantikan presiden FIFA, Sepp Blatter sambil menggambarkan pesaing Michel Platini sebagai pelawak yang tidak boleh dipercayai dan dicemari dengan skandal.

Bekas naib presiden FIFA itu dan broker kuasa bola sepak Asia menggambarkan dirinya sebagai calon yang bebas rasuah dengan visi global dan bukan Eurosentrik untuk membimbing badan induk bola sepak itu ke era baru.

Pewaris bilionair kumpulan Hyundai Korea itu berkata dia secara rasminya mengumumkan pencalonannya untuk menggantikan Blatter minggu depan dan juga berikrar, jika dipilih, hanya akan berkhidmat satu penggal, selama empat tahun.

“Ketika tempoh empat tahun itu, saya berharap saya boleh memenuhi agenda saya, menjadikan FIFA NGO sukan yang sebenarnya – benar-benar terbuka, telus, moral, beretika dan global,” Chung memberitahu AFP dalam temu bual di Seoul.

“Saya tidak mahu menjadi presiden FIFA yang hanya mahu menikmati kemewahan pejabat presiden,” tambahnya.

Chung ketika bercakap kepada wartawan di pejabatnya di Seoul. – AFP
Chung ketika bercakap kepada wartawan di pejabatnya di Seoul. – AFP

Chung, 63, adalah antara senarai pendek yang mengisytiharkan dan mungkin antara calon–calon yang melibatkan presiden UEFA, Platini dan Putera Ali bin al Hussein dari Jordan yang menyingkirkan Chung daripada lembaga eksekutif FIFA pada 2011.

Platini, yang mengesahkan pencalonannya Rabu lalu, pada masa ini dilihat sebagai pilihan dan dipercayai mempunyai penyokong empat daripada enam konfederasi FIFA.

Blatter memutuskan untuk meletak jawatan sejurus selepas dilantik semula sebagai presiden Jun lalu dengan FIFA dilanda skandal. Dia mengumumkan minggu lalu bahawa pemilihan penggantinya akan diadakan pada 26 Februari, 2016.