CIA jalani kempen dron di Syria

CIA jalani kempen dron di Syria

WASHINGTON, 2 Sept (AFP) – CIA dan pasukan khas Amerika Syarikat (AS) sedang menjalani kempen rahsia menggunakan dron bersenjata untuk menyasar dan membunuh para pemimpin Negara Islam (IS) di Syria, Washington Post melaporkan kelmarin.

Program clandestine adalah berasingan daripada operasi luas tentera Amerika terhadap pejuang IS, akhbar melaporkan, memetik daripada pegawai AS yang tidak mahu dikenali.

Antara yang setakat ini terbunuh ialah Junaid Hussain, penggodam jihad dari Britain yang dikatakan Pentagon merekrut peraih simpati IS untuk menjalankan serangan persendirian di Barat.

Pegawai memberitahu The Post bahawa program dron itu hanya menyebabkan dalam beberapa serangan, yang mana dijalankan oleh Perintah Operasi Khas Bersama (JSOC). Peranan utama CIA dalam operasi itu adalah dalam mengenal pasti dan menjejaki para pemimpin kanan IS.

Pegawai itu berkata program itu memfokuskan pada “sasaran bernilai tinggi.”

Satu keputusan untuk menggunakan Pusat Pencegahan Keganasan Agensi Perisikan Pusat (CTC) dan JSOC dalam operasi itu mencerminkan meningkatnya kebimbangan mengenai penyebaran pejuang-pejuang IS, Post melaporkan.

CTC menerajui pemburuan Osama bin Laden dan JSOC memasukkan pasukan elit Tentera Laut SEAL untuk menjalankan misi membunuh bekas pemimpin Al-Qaeda pada 2011.

Serangan dron menjadi perbalahan politik di Washington dan Presiden Barack Obama mahu CIA untuk berbalik semula kepada aktiviti terasnya dalam mengintip, dan jauh daripada tindakan-tindakan ketenteraan. Sebaliknya, dia mahukan Pentagon untuk mengambil alih serangan-serangan dron.

Namun Senator Barbara Feinstein dari California, Demokrat yang berkedudukan pada Jawatankuasa Perisikan Senat, mengatakan dia tidak yakin pihak tentera boleh menjalankan serangan-serangan dron dengan “kesabaran dan budi” yang sama seperti CIA.