Cibulkova, Williams dahului WTA Stanford

Cibulkova, Williams dahului WTA Stanford

SAN FRANCISCO, 22 Julai – Dominika Cibulkova, yang beraksi pada perlawanan pertamanya sejak mara ke suku akhir Wimbledon, menewaskan Urszula Radwanska 7-6 (7/3), 6-3 pada perlawanan pembukaan beliau di kejohanan WTA Stanford pada Khamis.

Pemain pilihan Slovak kedua itu merupakan salah seorang yang terakhir antara pilihan utama untuk beraksi di kejohanan gelanggang keras California.

Cibulkova mendahului 5-2 pada set pertama tetapi Radwanska memberikan saingan hebat dengan kembali bersemangat untuk memaksa tie-break sebelum Cibulkova menang dalam hanya lebih satu jam.

Sementara itu, pilihan utama Venus Williams menghalang cabaran sengit dalam pertandingan pembukaannya menentang pemain nombor 87 Magda Linette pada pertandingan Jelajah WTA, Stanford pada Rabu ketika dia memerlukan tiga set untuk mara.

Bekas juara dua kali, Williams menewaskan Linette 6-3 6-7 (6/8), 6-2 untuk mara ke suku akhir dalam pertandingan di gelanggang permukaan keras di Stanford Universiti.

pg23_160723_a

Williams, 36, berharap dia tidak akan terjejas selepas Wimbledon dan sekarang memiliki laluan mudah ke separuh akhir memandangkan pesaing seterusnya bukanlah pemain rangking 200 terbaik dunia.

Williams akan menghadapi sama Catherine Bellis, pemain rangking 203, atau Sachia Vickery yang berada di belakang Bellis dalam rangking dunia.

“Ia adalah terlalu istimewa untuk mendapatkan no.50 di sini tetapi saya akan cuba untuk terus mara,” kata Williams yang mencatatkan 49 gelaran sepanjang kerjayanya selepas kemenangan di Kaosiung, Taiwan awal tahun ini.

Williams menghasilkan 11 aces dan empat double fault menentang Linette dalam pertandingan sepanjang dua jam 14 minit di stadium utama.

Awal bulan ini Williams mara ke separuh akhir Wimbledon, pertandingan separuh akhir pertamanya dalam pertandingan utama bagi tempoh lima tahun.

Williams akan beraksi dalam pertandingan tenis profesional pertamanya pada pertandingan ini ketika 1994 dan dia memenanginya sebanyak dua kali sejak menewaskan Kim Clisters pada 14 tahun lalu.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menyaksikan permainannya terjejas sejak beberapa tahun kebelakangan. – AFP