CIDB lengkapkan usaha BIM dengan MyCrest

CIDB lengkapkan usaha BIM dengan MyCrest

KOTA KINABALU, 1 Sept – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sedang melengkapkan usaha pelaksanaan Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) dengan penggunaan sistem penarafan Alat Pengurangan Karbon dan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia (MyCrest) agar projek pembangunan di negara ini lebih mesra alam.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata penggunaan BIM dan MyCrest bagi menyediakan persekitaran yang mampan itu adalah antara usaha kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Menurut Rosnah, sebagai langkah awal, Jabatan Kerja Raya telah mewajibkan penggunaan sistem MyCrest dalam semua projek awam bernilai RM50 juta ke atas. – Bernama