CIMB, PLDT Filipina jalin kerjasama

CIMB, PLDT Filipina jalin kerjasama

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) akan menjalin kerjasama dengan firma telekomunikasi terkemuka Filipina bagi menawarkan perkhidmatan kewangan dan penyelesaian kepada pelanggan negara itu serta sekitar ASEAN.

Perjanjian itu menerusi anak syarikat milik penuhnya, CIMB Group Sdn Bhd, dengan penyedia perkhidmatan tanpa wayar Philippine Long Distance Telephone Co (PLDT) iaitu Smart Communications Inc (Smart) serta entiti milik penuhnya, Voyager Innovations Inc (Voyager).

Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB menyifatkan jalinan kerjasama itu sebagai tepat pada masanya ketika peranan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan sektor perbankan terus menjadi tumpuan utama.

“Malah, menerusi kerjasama ini, kita mampu menawarkan penyelesaian teknologi kewangan serta perbankan digital yang berbeza dan inovatif, baik di Filipina serta sekitar ASEAN,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

“CIMB adalah antara bank terbesar dan paling pelbagai di ASEAN dan pengetahuan perbankan serantau serta kehadirannya di sekitar rantau ini dapat memberi manfaat kepada kerjasama digital ini,” kata Pengerusi Smart dan Voyager chairman, Manuel V. Pangilinan.

Dari segi pelanggan, PLDT adalah peneraju pasaran industri telekomunikasi Filipina.

ARTIKEL YANG SAMA