Cimpanzi bunting ‘angkat’ anak cimpanzi lain

Cimpanzi bunting ‘angkat’ anak cimpanzi lain

SYDNEY, 14 Okt – Zoo Australia hari ini memperkenalkan seekor anak cimpanzi yang dijadikan anak angkat oleh cimpanzi betina yang bunting dalam tindakan ‘yang tidak pernah didengari’ selepas ibunya mati ketika melahirkan.

Anak cimpanzi itu, yang namanya Boon, membawa maksud rahmat, telah kehilangan ibu apabila ibunya, Soona mati sejurus selepas ia dilahirkan di Zoo Monarto, tenggara Adelaide, lewat minggu lalu.

Tetapi dalam kisah mengharukan, anak kecil sihat yang baru dilahirkan itu serta-merta dijadikan anak angkat oleh rakan ibunya, Zombi, yang terus berada di sisi Soona ketika hayatnya berakhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA