Cinnabon, Auntie Anne’s perkenal hidangan baru

Cinnabon, Auntie Anne’s perkenal hidangan baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Kedai pastri Cinnabon memperkenalkan beberapa hidangan terbaru mereka kepada pelanggan yang akan boleh didapati di mana-mana cawangannya di negara ini bermula esok.

Cinnabon akan memperkenalkan siri ‘Dark Chocolate Peanut Butter’ yang terdiri daripada Dark Chocolate Peanut Butter Minibon, Dark Chocolate Peanut Butter Bites, Dark Chocolate Peanut Butter Roll-On-The-Go dan minuman Chilatta.

Sementara itu, Auntie Anne’s pula memperkenalkan ‘Cheeseburger Pretzel Nuggets’ yang mana hidangan ini diisikan dengan pati daging dan keju dalam pretzel.

Siri ‘Dark Chocolate Peanut Butter’ yang terdiri daripada Dark Chocolate Peanut Butter Minibon, Dark Chocolate Peanut Butter Bites, Dark Chocolate Peanut Butter Roll-On-The-Go dan minuman Chilatta.
Siri ‘Dark Chocolate Peanut Butter’ yang terdiri daripada Dark Chocolate Peanut Butter Minibon, Dark Chocolate Peanut Butter Bites, Dark Chocolate Peanut Butter Roll-On-The-Go dan minuman Chilatta.

Buat masa ini, Cinnabon dan Auntie Anne’s masing-masing mempunyai dua dan tiga cawangan yang terletak di Pusat Membeli-Belah Times Square, KBSentral dan juga Frescho di Batu Satu. Produk terbaru ini juga boleh didapati menerusi perkhidmatan penghantaran Frescho.

Bagi mana-mana pelanggan yang berminat, bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Cinnabon dan Auntie Anne’s untuk mendapatkan produk terbaru ini selagi stok masih ada.