Cinnabon mula beroperasi

Cinnabon mula beroperasi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Cinnabon, kedai pastri yang terkenal di Amerika Syarikat kini membuka cawangan pertamanya di negara ini yang terletak di Pusat Membeli-Belah Times Square, Berakas.

Pelancaran Cinnabon itu akan dilangsungkan esok (15 Januari) bermula jam 2 petang, kata Pengurus Cinnabon, Kyle Myna Mejia sambil menjelaskan bahawa Cinnabon dikenali sebagai kedai pastri yang menampilkan pelbagai jenis roti yang berteraskan perisa kulit kayu manis, bukan saja enak malah dihasilkan terus dari ketuhar.

Hidangan yang ditampilkan bagi cawangan pertama Cinnabon ini terdiri daripada Cinnabon Classic Role, Minibon, Pecan Bon, Mini Pecan Bon, Mini Choco Bon, Cinnabon Bites, Pecan Bites, Choco Bites, Roll on the Go dan Cinnabon Stix, katanya ketika ditemui media hari ini.

Selain itu juga, kedai ini turut menghidangkan minuman seperti chillatas, espresso classics dan banyak lagi.

Para pekerja Cinnabon bergambar ramai di kedai pastri Cinnabon cawangan pertama yang terletak di Times Square, Berakas.
Para pekerja Cinnabon bergambar ramai di kedai pastri Cinnabon cawangan pertama yang terletak di Times Square, Berakas.
Pakar pelatih dari Jepun dan Filipina menunjukkan hidangan Cinnabon yang boleh didapati di kedai berkenaan.
Pakar pelatih dari Jepun dan Filipina menunjukkan hidangan Cinnabon yang boleh didapati di kedai berkenaan.

Menurut Kyle Myna Mejia, setakat ini seramai 18 orang pekerja telah mengikuti latihan bagi memastikan prosedur membuat roti cinnamon ini dibuat dengan cara yang betul dan teratur seperti Cinnabon yang ada di Amerika Syarikat.

Para pekerja ini telah dilatih oleh dua orang pakar iaitu pakar dari Jepun, Yuka Yoshihiro dan pakar dari Filipina, Reggie Dela Cruz.

Beliau turut mengatakan, cawangan kedua Cinnabon akan dibuka di KB Sentral pada bulan Februari ini.

ARTIKEL YANG SAMA