Cinnabon mula operasi di KBSentral

Cinnabon mula operasi di KBSentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 11 Feb – Penduduk di Daerah Belait tidak perlu lagi pergi jauh untuk menikmati kek kayu manis daripada Cinnabon, apabila rangkaian kedai pastri Amerika yang terkenal itu bakal membuka cawangannya di Pusat Membeli-Belah KBSentral, di sini, esok.

Cinnabon yang terletak di aras bawah pusat membeli-belah berkenaan, menyediakan beberapa jenis rol yang disediakan segar dari ketuhar, termasuklah Rol Klasik Cinnabon, selain hidangan istimewa daripada rol besar campuran kayu manis beralas krim keju, serta versi klasik yang lebih kecil dinamakan sebagai Minibon.

Satu lagi pastri yang menggiurkan ialah Caramel Pecan Bon, menggabungkan rasa kemanisan karamel dan kerangupan kacang di atasnya dengan kelazatan coklat dan banyak lagi yang pasti rasanya tidak akan menghampakan pengunjung.

Hidangan Cinnabon menggunakan Makara Cinnamon, kayu manis yang berkualiti tinggi di dunia didatangkan dari Indonesia dan diproses di Amerika Syarikat.

Hidangan Rol Cinnamon di Cinnabon KBSentral pasti tidak akan mengecewakan pelanggannya dan kafe itu akan mulai beroperasi hari ini pada jam 2 petang.
Hidangan Rol Cinnamon di Cinnabon KBSentral pasti tidak akan mengecewakan pelanggannya dan kafe itu akan mulai beroperasi hari ini pada jam 2 petang.

Di samping itu, Cinnabon turut menawarkan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk, air campuran minuman khas dinamakan Chilattas serta minuman panas termasuk Cafe American, Cappuccino, Cafe Latte dan Cafe Mocha.

ARTIKEL YANG SAMA