Cinnabon rasmi cawangan di KBSentral 12 Februari ini

Cinnabon rasmi cawangan di KBSentral 12 Februari ini

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 31 Jan – Rangkaian kedai pastri Amerika yang terkenal dengan kek rol kayu manisnya, Cinnabon akan membuka cawangannya di Pusat Membeli-belah KBSentral, di sini pada 12 Februari depan jam 2 petang.

Pembukaannya itu nanti akan menjadi yang kedua di negara ini setelah cawangan pertamanya dibuka di Pusat Membeli-Belah Times Square, Serusop.

Cinnabon menyajikan pelbagai jenis pastri yang disediakan segar setiap hari termasuk Cinnabon Classic Roll, roti rol kayu manis krim keju, di samping versi klasik yang lebih kecil dinamakan sebagai Minibon.

Pastri lain yang juga ditawarkan adalah Pecan Bon Caramel yang memberikan rasa manis karamel dengan gabungan kerangupan kacang pekan, Chocolate Bon dan Cinnabon Stix Twisted.

Di samping itu, Cinnabon turut menawarkan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk seperti Chillattas, Café Americano, Cappuccino, Café Latte dan Mocha Café.

ARTIKEL YANG SAMA