Cinnabon sajikan menu baru

Cinnabon sajikan menu baru

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 1 Mac – Kedai pastri terkenal Cinnabon, hari ini, telah memperkenalkan produk baru mereka iaitu Mini Nutella Bon dan Nutella Chillattas yang boleh didapati di cawangannya di Pusat Membeli-Belah The Times Square, Serusop dan Pusat Membeli-Belah KBSentral, di sini.

Mini Nutella Bon menampilkan roti yang disaluti dengan coklat Nutella dan krim keju di atasnya kemudian ditaburi dengan kacang Hazelnut yang ranggup.

Sementara itu, Nutella Chillata pula minuman campuran yang lazat mengandungi Nutella, susu dan sirap vanila.

Menu baru Cinnabon iaitu Mini Nutella Bon dan Nutella Chillattas.
Menu baru Cinnabon iaitu Mini Nutella Bon dan Nutella Chillattas.

ARTIKEL YANG SAMA