Cintai masjid kita

Cintai masjid kita

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 8 Sept – Dengan hasrat memupuk semangat suka ke masjid dan melahirkan para pelajar yang mencintai masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Belait telah menganjurkan Program Ziarah dengan berkunjung ke masjid-masjid utama di negara ini yang disertai lebih 30 orang pelajar.

Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin selaku ketua rombongan, hari ini, memberitahu peserta program itu, yang juga diadakan sebagai aktiviti mengisi masa cuti penggal persekolahan, telah dibawa melawat ke Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan.

Menurut beliau, para peserta merupakan pelajar kelas Al-Quran dan Muqaddam masjid-masjid di Daerah Belait yang dikendalikan atas usaha Jabatan Hal Ehwal Masjid membantu rakyat di negara ini boleh membaca Al-Quran.

Katanya, menerusi kelas berkenaan para pelajar bukan sahaja belajar membaca Al-Quran malahan, sempena cuti persekolahan, para pelajar turut berkesempatan menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama guru-guru pembimbing kelas Al-Quran dan Muqaddam masjid-masjid di daerah ini, telah mengambil inisiatif mengadakan Program Ziarah yang antara lain turut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman para pelajar.

Peserta Program Ziarah melawat Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah Bandar Seri Begawan.
Peserta Program Ziarah melawat Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah Bandar Seri Begawan.
Peserta Program Ziarah mengabadikan kenangan di hadapan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan.
Peserta Program Ziarah mengabadikan kenangan di hadapan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA