Ciri Watch Facebook dijadikan TV media sosial

NEW YORK, 11 Ogos – Facebook menjangka ciri-ciri Watch barunya sebagai TV bertujuan untuk media sosial, satu tempat di mana pengguna memberi komen, suka dan berinteraksi dengan pencipta rancangan, bintang dan di antara satu sama lain dan tidak akan meninggalkan segmen tersebut.

Ia adalah ancaman berpotensi kepada Twitter, YouTube, Netflix dan perkhidmatan lain untuk menonton video, termasuk TV lama. Namun kejayaannya masih tidak terjamin.

Sementara orang menonton banyak video di Facebook, kebanyakannya ia dikongsi oleh kawan mereka, dilihat ketika pengguna menatal isi kandungan maklumat berita utama mereka.

Memujuk orang untuk melihat Facebook sebagai satu perkhidmatan video adalah seperti Walmart cuba menjual fesyen berjenama, atau McDonald’s menjual makanan mewah, kata Joel Espelien, penganalisis senior dengan The Diffusion Group, sebuah firma penyelidikan video.

Sudah tentunya, ia dapat dilakukan, tetapi ada sesuatu yang tidak kena.

Ciri Watch yang terdapat di Facebook dijadikan TV bagi pengguna media sosial. – AP
Ciri Watch yang terdapat di Facebook dijadikan TV bagi pengguna media sosial. – AP

“Adalah amat sukar untuk mengubah tanggapan orang tentang jenama anda,” kata beliau.

Facebook telah pun mempunyai bahagian video khas, tetapi ia kebanyakannya menunjukkan campuran video “terpilih.” Bahagian Watch baru mengganti video ini. Beberapa pengguna AS menerima Watch semalam; yang lainnya akan menerimanya tidak lama lagi.

Idea di sebalik Watch adalah untuk membenarkan orang mencari video dan siri yang mereka suka, mengejar dengan trend baru tatkala episod baru muncul, dan berinteraksi dengan bintang, pencipta rancangan serta peminat lain. Cita rasa seseorang individu serta kawan mereka, akan digunakan untuk mencadangkan video. – AP