Cisse ditahan ugut Valbuena

Cisse ditahan ugut Valbuena

PARIS, 13 Okt – Bekas penyerang Perancis, Djibril Cisse ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes ugut terhadap pemain senegaranya Mathieu Valbuena.

Pejabat pendakwaraya Versailles dalam satu kenyataan menyatakan tiga yang lain turut ditahan hari ini.

Cisse dituduh terbabit dalam konspirasi ugutan dan boleh didakwa hukuman penjara maksimum selama lima tahun.

Cisse, 34 karier terjejas akibat kecederaan tidak mewakili sebarang kelab buat masa ini.

Bekas pemain Liverpool itu menjaringkan sembilan gol dalam 41 perlawanan bersama Perancis. – Reuters/Agensi

ARTIKEL YANG SAMA