Cita rasa gabungan di Restoran Venice Lodge

Cita rasa gabungan di Restoran Venice Lodge

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Dengan mengetengahkan pelbagai hidangan masakan Indonesia, Barat dan tempatan, Restoran Venice Lodge yang terletak di lobi Venice Lodge, Kiarong kini dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Menurut pengurus restoran berkenaan, Daniel Y. Camacho, restoran itu mula beroperasi pada 25 Mac lalu dan mampu untuk memuatkan seramai 30 orang pengunjung pada satu masa di mana ia mempunyai menu yang memenuhi cita rasa para pengunjung yang inginkan masakan Asia atau pun masakan Barat.

Menurut Daniel lagi, cef bagi restoran itu merupakan cef dari Indonesia yang berpengalaman dan antara masakan yang menjadi pilihan adalah ayam penyet, daging rendang dan mi goreng istimewa.

Antara hidangan makanan lazat, Restoran Venice Lodge.
Antara hidangan makanan lazat, Restoran Venice Lodge.
Mee Goreng Daging yang disajikan di restoran tersebut.
Mee Goreng Daging yang disajikan di restoran tersebut.

Restoran yang beroperasi dari pukul 8:30 pagi hingga 10 malam pada setiap hari kecuali pada Jumaat di mana ia ditutup sementara dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, menyediakan hidangan sarapan pagi bagi para tetamu hotel, Venice Lodge, tetapi orang ramai yang ingin untuk menikmati pelbagai hidangan istimewa restoran itu adalah dialu-alukan.

Daniel berkata bahawa dengan reka-bentuk ruang makan restoran yang selesa, menyediakan suasana yang amat sesuai bagi para pengunjung untuk menikmati makanan mereka.

Restoran itu menyajikan pelbagai jenis hidangan makanan sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam.

ARTIKEL YANG SAMA