Citibank tutup akaun pembayaran penting Venezuela

Citibank tutup akaun pembayaran penting Venezuela

CARACAS, 12 Julai – Citibank merancang untuk menutup akaun Venezuela gunakan untuk membuat pembayaran antarabangsa, kata Presiden Nicolas Maduro kelmarin, menuduh bank berpangkalan di Amerika Syarikat itu sebagai ‘penyekat kewangan’.

“Citibank, dengan tanpa amaran atau komunikasi, mengatakan bahawa ia akan menutup akaun Central Bank dan Bank of Venezuela. Ini adalah apa yang kamu katakan sekatan kewangan,” kata presiden dalam ucapan di televisyen.

Menurutnya langkah itu bermaksud bagi ‘siasatan’ daripada pentadbiran Presiden AS, Barack Obama.

Maduro berkata negara Amerika Selatannya, penghasil minyak utama, menggunakan akaun itu untuk membuat pembayaran ‘dalam masa 24 jam, kepada akaun lain di Amerika Syarikat dan seluruh dunia’.

Kerajaan sosialis Maduro sering mendakwa bahawa kepentingan AS dan elit perniagaan tempatan cuba untuk menyekat ekonomi negaranya dan menghalang akses Venezuela kepada kredit antarabangsa.

“Adakah anda fikir mereka akan menghentikan kami dengan mengenakan sekatan kewangan? Tidak, tuan-tuan dan puan-puan, tidak ada sesiapa yang akan menghentikan Venezuela! Dengan kehadiran Citibank atau tanpanya, kami akan bergerak ke hadapan. Dengan Kimberly atau tidak, kami terus mara.”

Kerajaan Venezuela berkata hanya selepas beberapa jam sebelumnya bahawa ia akan mengambil alih operasi di kemudahan tempat syarikat barangan pengguna AS, Kimberly-Clark ditutup baru-baru ini, memetik tentang keadaan ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan. – AFP