Citizen hadapi ujian kepimpinan

Citizen hadapi ujian kepimpinan

MANCHESTER, United Kingdom, 27 Nov (AFP) – Daripada kedudukan terkuat di tangga teratas Liga Perdana seminggu lalu, Manchester City secara tiba–tiba menghadapi ujian untuk kepimpinan menentang Southampton esok.

Kekalahan mengejut 4-1 City di tempat sendiri kepada Liverpool Sabtu lalu menyaksikan mereka menyerahkan pendahuluan liga, dengan pengurus pasukan Manuel Pellegrini mengakui persembahan tersebut adalah yang terburuk dilihatnya sejak ketibaannya di Eastlands dua setengah tahun yang lalu.

Peluang untuk kembali bangkit dalam Liga Juara–Juara Rabu lalu kemudian terlepas apabila City mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan tewas 1-0 kepada Juventus di Turin. Hasilnya, mereka tidak lagi menguasai tangga teratas Kumpulan D dengan baki satu perlawanan menjelang undian pusingan 16 terakhir bulan depan.

Penjaga gol Joe Hart pula mengalami kecederaan hamstring sehingga memaksa pemain antarabangsa England digantikan oleh Willy Caballero. Hart juga penting kepada nasib City dan kecederaannya adalah punca terbaru kekalahan skuad Pellegrini, yang secara tiba–tiba kelihatan rapuh.

Yaya Toure (bawah, kiri) terlepas peluang untuk menjaringkan gol dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Juventus di Turin, Itali kelmarin. – Reuters
Yaya Toure (bawah, kiri) terlepas peluang untuk menjaringkan gol dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Juventus di Turin, Itali kelmarin. – Reuters

Kapten dan ketua pertahanan, Vincent Kompany terjejas terus dan dua minggu rehat dengan masalah kaki. Ketiadaan David Silva dirasakan teruk, dengan kreativiti Sepanyol bersama penjaring terbanyak Sergio Aguero, yang belum beraksi penuh 90 minit sejak kembali daripada rehat tujuh perlawanan dengan kecederaan hamstring.

Sebagai tambahan, Samir Nasri menghilang untuk jangka masa panjang bagi pembedahan hamstring, sementara penyerang Wilfried Bony akan terlepas kunjungan ke Southampton di tempat kelapan.

Pertahanan Pablo Zabaleta dan Eliaquim Mangala juga tidak beraksi pada pertengahan minggu perlawanan Eropah sekali gus meletakkan skuad City terus terjejas.

Tetapi midfield Ivory Coast, Yaya Toure tidak mencari alasan dan dia tahu City berupaya untuk menerajui liga dengan dua pasukan tangga teratas, Leicester dan Manchester United bertemu hujung minggu ini.

ARTIKEL YANG SAMA