Citizen patah badi Kiev

Citizen patah badi Kiev

KIEV, 25 Feb (Reuters) – Manchester City kini boleh menarik nafas lega untuk meneruskan setapak langkah sahaja lagi untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas mempamerkan aksi hebat ketika menentang Dynamo Kiev 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik, awal pagi tadi.

Kapten Manchester City, Vincent Kompany berkata mereka bermain seperti pasukan yang dahagakan kejayaan selepas tewas dalam tiga perlawanan terakhir, sekali gus mengakibatkan peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris tampak sukar susulan kekalahan kepada Leicester City dan Tottenham Hotspur termasuk tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tunduk di tangan Chelsea 1-5.

“Ia adalah keputusan yang luar biasa setiap kali. Kami tidak boleh mengharapkan yang lebih baik,” kata kapten City, Vincent Kompany kepada BT Sport.

“Prestasi yang baik dan 3-1 adalah keputusan yang baik. Kami gembira dengan itu, kita hanya tidak mahu terbawa-bawa dengannya. Kami boleh menjaringkan banyak gol. Ia adalah persembahan Man City yang kita mahu untuk melihat lebih kerap.“

David Silva ketika menjaringkan gol kedua Manchester City pada pusingan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kiev awal semalam. – Reuters
David Silva ketika menjaringkan gol kedua Manchester City pada pusingan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kiev awal semalam. – Reuters

Bagaimanapun, skuad bimbingan Manuel Pellegrini tampil dengan prestasi cemerlang di Kiev, sekali gus semakin hampir untuk berada dalam lapan kelompok terbaik. City gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir dalam dua musim sebelum ini selepas tewas di tangan Barcelona. “Prestasi pasukan sangat baik, kemenangan 3-1 adalah keputusan yang baik dan kami gembira. Kami akan turun pada aksi kedua dengan peluang yang sangat cerah untuk mara ke suku akhir yang mana tidak terjadi sebelum ini.

“Kami seperti pasukan yang dahagakan kejayaan malam ini (awal pagi tadi),” kata Kompany. Tiga gol City dijaringkan oleh Sergio Aguero pada mini ke-15, David Silva (40) dan Yaya Toure (90) manakala gol sagu hati Dynamo hadir menerusi Vitaliy Buyalsky (58).

Sementara itu, jurulatih Dynamo, Serhiy Rebrov mengakui pasukannya adalah kedua terbaik.

“Malangnya, kami memang berhak untuk tewas malam ini (awal pagi tadi). Kami membenarkan mereka menunjukkan kekuatan sebenar dan membuat banyak kesilapan.

“Tidak kira apa jua yang kamu katakan sebelum perlawanan, saya dapat lihat pemain saya bimbang dalam bilik persalinan,” katanya.