Citra cintakan raja & negara

Citra cintakan raja & negara

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Muiz Matdani, Sim Y.H & Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos –‘Raja Berwawasan Negara Cemerlang,’ itulah tema persembahan khas semasa keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong hari ini. Huraian tema tersebut menunjukkan raja yang berwibawa dan prihatin mampu membawa anjakan paradigma, ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Negara memerlukan rakyat berteraskan amanah, berdikari, bertanggungjawab, jujur, dan berdaya saing berpaksikan takwa dan kesetiaan kepada raja dan negara.

Persembahan pada tahun ini mengandungi tiga segmen iaitu segmen pertama dengan membawa lagu ‘Iltizam Generasiku’ memaparkan masyarakat Brunei dari zaman-berzaman memiliki sifat jati diri dan integriti yang tinggi nilainya merangkumi amanah, bersih, cekap dan taat menjunjung perintah Allah selaras dengan aspirasi Negara Zikir di samping menjadikan sebuah negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur sebagai tunjang menegakkan Negara Melayu Islam Beraja.

Olahan daripada segmen pertama ini menunjukkan bahawa raja berwawasan melahirkan modal insan yang lebih berdisiplin, manakala untuk memupuk semangat patriotisme bangsa dapat melahirkan rakyat yang sentiasa cintakan raja, bangsa dan negara.

pg04_150819_a pg04_150819_f pg04_150819_c

Sebilangan penduduk di Daerah Tutong yang berkesempatan berziarah dan menatap wajah Baginda Sultan yang dikasihi di Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat.
Sebilangan penduduk di Daerah Tutong yang berkesempatan berziarah dan menatap wajah Baginda Sultan yang dikasihi di Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat.

pg04_150819_e

Baginda Sultan ketika berkenaan memotong kek Hari Puja Usia Baginda ke-69 di majlis itu.
Baginda Sultan ketika berkenaan memotong kek Hari Puja Usia Baginda ke-69 di majlis itu.

pg04_150819_g pg04_150819_h pg04_150819_m

Sebilangan peserta juga para pelajar berpakaian comel yang membuat persembahan padang di Majlis  Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat bagi Daerah Tutong.
Sebilangan peserta juga para pelajar berpakaian comel yang membuat persembahan padang di Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat bagi Daerah Tutong.

pg04_150819_i pg04_150819_j pg04_150819_k pg04_150819_l

Manakala dalam segmen kedua dengan membawa lagu ‘Patriotisme Tekad Keteguhan Bangsa’ memaparkan aktiviti keusahawanan yang merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang memfokuskan kepada meningkatkan produktiviti, dan persembahan juga menunjukkan modal insan yang mempunyai daya saing yang tinggi.

Sementara dalam segmen ketiga dengan lagunya ‘Belia Berbudi’ membawa maksud pada menjelangnya tahun 2035, Negara Brunei Darussalam akan dapat menjadi sebuah negara yang maju, melahirkan belia yang berkualiti, berdisiplin, berketerampilan, amanah, bekerjasama, bersikap progresif, kreatif, inovatif, berilmu, bertanggungjawab serta bersemangat waja.

Untuk mencapai pembangunan negara, generasi baru yang berwibawa dan berwawasan merupakan pewaris kegemilangan negara pada masa hadapan kerana ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’. Oleh itu, kegiatan badan-badan sukarelawan akan dapat mewujudkan satu lapisan generasi calak Brunei yang berakhlak mulia, berwawasan dan berintegriti.

Manakala di akhir persembahan, lagu ‘Hassanal Bolkiah’ dimainkan dan semua peserta persembahan melaungkan “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik”.

Persembahan hari ini melibatkan 569 orang peserta yang terdiri daripada penuntut-penuntut sekolah Daerah Tutong, puak dan masyarakat Daerah Tutong, kakitangan kerajaan dan majlis perundingan mukim/kampung di Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA