Citroen tampil tawaran menarik

Citroen tampil tawaran menarik

Oleh Rafidah Jumat & Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Citroen di Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri khusus buat pelanggan, perbankan kewangan dan kakitangan Citroen.

Sambutan yang diadakan di Bilik Pameran Citroen itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan mereka dan juga sebagai penghargaan kepada pelanggannya kerana memilih jenama Citroen.

Sempena sambutan lebaran ini, Citroen turut menyediakan tawaran menarik bagi keluaran kereta DS3 yang menampilkan bentuk futuristik, dramatik dan sporty.

Para pelanggan yang membeli DS3 sempena lebaran ini turut mendapat aksesori kereta percuma dari Citroen.

Para pelanggan juga turut menyaksikan lebih dekat model-model Citroen yang dipamerkan.
Para pelanggan juga turut menyaksikan lebih dekat model-model Citroen yang dipamerkan.

pg09_150808_b

Sambil menjamu hidangan, para pelanggan turut melihat secara dekat barisan kereta jenama Citroen yang dipamerkan seperti DS4, DS5, C4 Grand Picasso dan termasuk model konsep Rally ‘Citroen WRC Inspired’.

Sempena Hari Raya ini juga, Grand Motors sekali lagi akan mengadakan majlis yang serupa di Bilik Pameran Mazda esok, bermula 9 pagi hingga 4 petang dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama meraikan sambutan itu.

ARTIKEL YANG SAMA