City, Atletico mara suku akhir

City, Atletico mara suku akhir

MANCHESTER, 16 Mac (Reuters) – Manchester City layak ke peringkat suku akhir Liga Juara Juara buat kali pertama meskipun sekadar terikat 0-0 menentang Dynamo Kiev, namun berdepan kehilangan khidmat pertahanan tengah, Vincent Kompany dan Nicolas Otamendi akibat kecederaan.

Skuad The Citizens memiliki kelebihan tiga gol di tempat lawan selepas memenangi aksi pertama dengan keputusan 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Kiev tiga minggu lalu.

Kecederaan yang dialami dua pertahanan itu pada separuh masa pertama menjadi tumpuan pada perlawanan yang dilihat membosankan dengan City gagal memperaga aksi yang menarik.

Kiev yang mensasarkan untuk ke suku akhir sejak 1999 tidak begitu mengancam kubu City dengan peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi cubaan Jesus Navas yang terkena tiang.

Ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany mungkin akan diketepikan selama kira-kira sebulan selepas mengalami kecederaan kaki semalam tatkala pasukannya layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Kompany ketika beraksi dalam perlawanan tersebut sebelum dikeluarkan berikutan mengalami kecederaan di bahagian kaki. – Reuters
Kompany ketika beraksi dalam perlawanan tersebut sebelum dikeluarkan berikutan mengalami kecederaan di bahagian kaki. – Reuters

Walaupun Kompany terpaksa dikeluarkan pada minit kelima tetapi City tetap berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas seri 0-0 di tempat sendiri.

“Vincent lagi mengalami kecederaan otot di kakinya,” kata pengurus Manuel Pellegrini kepada pemberita.

“Kita akan tahu esok, atau mungkin lusa, bagaimana tahap kecederaan yang dialaminya, tetapi kecederaan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk dia keluar.”

Pertahanan tengah dari Belgium, Kompany, yang hanya kembali daripada kecederaan kaki pada bulan Februari telah bermain sejak bulan Disember, tetapi terpaksa terlepas perlawanan Ahad ini dalam Liga Perdana derby dengan jiran Manchester United.

“Ini adalah sukar untuk dia kerana dia datang kembali bermain dengan baik dalam enam perlawanan berturut-turut,” kata Pellegrini.

Sementara itu di Madrid, Atletico Madrid turut menempah tiket ke suku akhir untuk tiga musim berturut-turut selepas menundukkan PSV 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti.

Juanfran menjaringkan penalti kemenangan yang menyaksikan penalti Luciano Narsingh yang diambil sebelum itu singgah di palang.

Keputusan 0-0 yang diraih di Vicente Calderon itu mengulangi keputusan pada aksi pertama sekali gus menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan dan akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti penentuan apabila masing-masing terikat tanpa jaringan selepas 120 minit aksi berlangsung.

ARTIKEL YANG SAMA