City berdebar hadapi Boscombe

City berdebar hadapi Boscombe

BOURNEMOUTH, 1 April (AFP) – Kunjungan ke Bournemouth, malam esok akan memberikan inspirasi kepada Manchester City yang belum meraih kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak menewaskan Boscombe 5-1 pada pertengahan Oktober lalu.

Pasukan Manuel Pellegrini ketika itu mendahului carta liga dan diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk meraih gelaran ketiga dalam tempoh lima tahun tetapi kini mereka bergelut untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

Ia adalah situasi memalukan jika Pep Guardiola yang bakal menggantikan Pellegrini pada musim depan tanpa aksi dalam saingan Liga Juara-Juara pada kempen pertamanya di Eastland.

Selain keputusan buruk yang dicatatkan sebelum ini, City turut menerima tamparan di luar padang apabila Martin Demichelis dihukum oleh Persatuan Bola Sepak England kerana didakwa dengan skandal mengatur perlawanan.

Di dalam padang, City yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara hanya meraih tujuh mata daripada tujuh perlawanan liga sejak Guardiola disahkan bakal menggantikan Pellegrini pada 1 Februari lalu.

Reaksi Yaya Toure ketika menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana 20 Mac lalu. – Reuters
Reaksi Yaya Toure ketika menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana 20 Mac lalu. – Reuters

City kini hanya berkelebihan satu mata di depan West Ham United dan Manchester United dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara.

Dalam pada itu, Pellegrini turut berdepan dengan masalah kecederaan pemain dengan penjaga gol, Joe Hart dan penyerang, Raheem Sterling antara pemain terbaru yang mengalami kecederaan ketika tewas 0-1 di tangan United sebelum rehat aksi antarabangsa.

Bagaimanapun, Pellegrini dijangka kembali mendapat khidmat Kevin De Bruyne dan pemain tengah, Samir Nasri yang berehat panjang sebelum ini.

Penampilan terakhir Nasri bersama City adalah ketika menentang Bournemouth lima bulan lalu dengan masalah kecederaan pangkal paha dan hamstring sering menghantui pemain antarabangsa Perancis itu.

ARTIKEL YANG SAMA