City berhasrat kekalkan rekod bersih di Burnley

City berhasrat kekalkan rekod bersih di Burnley

MANCHESTER, United Kingdom, 25 Nov – Manchester City akan pergi ke perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Burnley esok dengan semangat kemaraan ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan berbaki satu perlawanan setelah seri menentang Borussia Moenchengladbach kelmarin.

Keputusan seri 1-1 di Jerman bermakna Pep Guardiola dan pemain-pemain City boleh memfokuskan pada aksi Liga Perdana bulan depan, bermula dengan kunjungan ke Burnley.

Pasukan Guardiola tidak begitu konsisten sementara bersaing dalam perlawanan domestik dan Eropah, menggugurkan mata dalam setiap tiga perlawanan liga mereka kebelakangan ini dan gugur ke tangga ketiga dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Manchester City ketika seri 1-1 menentang Borussia Moenchengladbach sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir. – AP
Manchester City ketika seri 1-1 menentang Borussia Moenchengladbach sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir. – AP

Mereka juga tidak begitu meyakinkan di Jerman, dengan kegagalan untuk menang bermakna mereka sudah pasti untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan Liga Juara-Juara yang sudah tentu perlawanan yang sukar pada pusingan seterusnya. Bagaimanapun, adalah sesuatu yang bernilai untuk diingati bahawa pasukan Guardiola telah tidak ditewaskan dalam lima perlawanan dalam semua kejohanan, satu urutan termasuk kemenangan ke atas Barcelona.

Mereka hanya tewas sekali dalam Liga Perdana setakat musim ini dan meskipun segala kesukaran yang dihadapi, mereka hanya satu mata di belakang pasukan pendahulu liga Chelsea, yang akan mengunjungi Eastlands pada 3 Disember. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA