City cari tonik hadapi Chelsea

City cari tonik hadapi Chelsea

LONDON, 13 Ogos – Destinasi trofi Liga Perdana belum ditentukan apabila juara Chelsea bertemu mantan juara Manchester City Ahad ini, tetapi pemenang pasti akan mendapatkan peningkatan psikologi dalam mengharungi kempen yang panjang.

Pertemuan di antara dua pesaing gelaran utama lebih awal musim ini tetapi tiga mata adalah tiga mata sama ada mereka menang pada Ogos atau Mei. Jika Manchester City memenanginya, mereka sudah mendapat kelebihan lima mata di depan Chelsea berbanding musim lalu Citizen tidak pernah berada di depan pasukan Jose Mourinho.

City memulakan kempen dengan kemenangan 3-0 di West Bromwich Albion Isnin lalu dengan Yaya Toure dilihat menemui rentak terbaiknya dengan menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti.

Persembahan terbaik Toure dan kenyataan tegas kapten pasukan City, Vincent Kompany bertentangan dengan beberapa persembahan mereka musim lalu.

“Saya tahu apa yang perlu dilakukan dan saya tidak kisah apa orang ramai katakan. Saya tidak pernah merosot. Saya selalu berada di sana,” kata Toure di Hawathorns.

Manchester City berharap kemenangan tegas ke atas West Brom Sabtu lalu dapat memberikan suntikan semangat untuk berdepan Chelsea Ahad ini. – Reuters
Manchester City berharap kemenangan tegas ke atas West Brom Sabtu lalu dapat memberikan suntikan semangat untuk berdepan Chelsea Ahad ini. – Reuters

Pengurus City Manuel Pellegrini, yang baru sahaja menandatangani persetujuan baru bersama kelab, menyatakan Toure bermasalah musim lalu berikutan kematian adiknya Ibrahim, sehingga Toure bergelut dalam perlawanan menentang pasukan teratas.

Jadi dia akan menjadi tumpuan apabila Chelsea berkunjung ke Stadium pada Ahad. Chelsea tidak kisah bermula dengan keputusan seri 2-2 menentang Swansea City di Stamfrod Bridge tetapi kebanyakan fokus adalah selepas perlawanan dengan Mourinho mengharamkan doctor pasukan pertama kelab, Eva Carneiro dari bangku simpanan.

Mourinho tidak merasa gembira Carneiro dan Dr. Jon Fearn berada di atas padang untuk merawat Eden Hazard pada penghujung perlawanan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA