City cuba bina momentum

City cuba bina momentum

LONDON, 15 April (AFP) – Apabila Manchester City pergi ke Stamford Bridge esok dengan kejayaan menjadi pasukan yang melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara, pesaing Chelsea mungkin memikirkan ‘apa yang berlaku?’

Sementara Chelsea tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat 16 terakhir kepada pasukan Paris Saint Germain untuk mengesahkan musim tanpa trofi bagi juara bertahan Liga Perdana, City pula mengetepikan kelab Perancis itu untuk mara ke empat pasukan terakhir buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Dan kunci kepada kejayaan City adalah Kevin De Bruyne – pemain Chelsea yang dijual pada 2014 selepas memberikan pemain antarabangsa Belgium itu peluang di London.

De Bruyne ditandatangani Chelsea dari Genk pada Januari 2012 tetapi hanya beraksi tiga perlawanan EPL di bawah bekas pengurus Jose Mourinho sebelum dijual kepada Wolfsburg dua tahun kemudian berikutan pinjaman kembali ke Genk dan bersama Werder Bremen.

Selepas beraksi dalam Bundesliga, di mana dia salah seorang pemain kelab itu pada tahun 2014-15, City membayar kelab itu dengan rekod 54 juta pound (AS$76.67 juta euro) bagi mendapatkan khidmat De Bruyne tahun lepas, dan dengan kemungkinan pengecualian Sergio Augero, dia adalah salah seorang pemain terbaik mereka setakat musim ini.

Biarpun menghabiskan masa lebih dua bulan kerana kecederaan lutut, pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 15 gol dan mencipta umpanan untuk 13 yang lain, dengan penyudah mengejutkan menentang PSG Selasa lalu.

Beliau juga memberikan kemenangan City 1-0 pada perlawanan kedua bagi menyelamatkan tempat dalam undian yang akan diadakan pada hari ini bagi empat kelompok terakhir Liga Juara-Juara.

“Dia seorang pemain yang bagus dan seorang yang baik,” kata rakan sepasukannya dari City, Fernandinho.

“Apabila dia mengalami kecederaan, kami merasa kehilangannya kerana dia memiliki banyak kualiti yang bagus.

“Setiap perlawanan dia mencipta peluang untuk menjaringkan gol, begitu juga dengan menjaringkan gol, dan dia begitu penting bagi kami.

“Saya gembira dengan dia. Dia menjaringkan gol bersejarah bagi kelab itu. Saya rasa dia layak menerimanya sebagai seorang yang menarik.”

Jika De Bruyne menghindarkan kecederaan, City pasti meletakkan cabaran yang lebih baik bagi gelaran Liga Perdana, berbanding melihat kedudukan mereka di tangga keempat dan 15 mata di belakang pendahulu Leicester City.

Premier League matchday 34