City cuba pancing Guardiola

City cuba pancing Guardiola

LONDON, 27 Dis – Manchester City melangkah setapak untuk mengikat Pep Guardiola selaku pengurus pasukan yang baharu selepas pengarah bola sepak kelab berkenaan, Txiki Begiristain menemui pengendali Bayern Munich itu, minggu lalu.

Kedua-duanya yang bersahabat sejak 20 tahun lalu, menghabiskan masa di Sepanyol, hanya beberapa hari selepas Bayern mengesahkan mereka akan menggantikan Guardiola dengan Carlo Ancelotti pada akhir musim ini.

Guardiola pula pulang ke negara asalnya minggu lalu selepas pertembungan Bayern dengan Hannover dan kelibatnya tidak kelihatan sehinggalah dia dilihat berada di sekitar kediamannya di Barcelona, Rabu lalu.

Dan akhbar tempatan di London difahamkan Guardiola bertemu Begiristain. Kelmarin, sumber di Etihad menegaskan pertemuan antara dua sahabat lama itu mungkin berkait rapat dengan sambutan Krismas.

“Txiki dan Pep adalah sahabat dan sudah lama kerap berhubung antara satu sama lain sejak dari dulu lagi – malah sebelum Txiki menyertai kami.”

Pengurus sensasi yang menjadi pilihan Manchester City untuk menerajui kelab itu. – Reuters
Pengurus sensasi yang menjadi pilihan Manchester City untuk menerajui kelab itu. – Reuters

Kedua-duanya sudah berkawan rapat sejak mereka menjadi rakan sepasukan di Barcelona pada zaman 1990-an.

Namun, ia mustahil sekiranya masa depan Guardiola tidak menjadi perbincangan dalam pertemuan itu, apatah lagi ia berlangsung beberapa hari selepas Bayern mengumumkan yang kontrak jurulatih itu tidak akan disambung lagi.

Minggu lalu pengurus City, Manuel Pellgrini juga mengakui Guardiola adalah pengganti terbaik buat kelab itu.

Dan hubungan ada antara kedua-dua sahabat berkenaan harus menjadi kunci utama bagi membawa masuk pengendali berusia 44 tahun itu pada musim panas nanti. – Agensi