City dalam liga berbeza – Gundogan

City dalam liga berbeza – Gundogan

BERLIN, 8 Nov – Ilkay Gundogan memilih untuk menyertai Pep Guardiola di Manchester City kerana mereka berada ‘dalam liga yang berbeza’ berbanding dengan kelab-kelab terbaik Jerman, jelasnya dalam temu bual yang diterbitkan semalam.

Gundogan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama City pada Jun lalu selepas lima tahun bersama Borussia Dortmund dan pemain midfield itu kini dalam rentak membuat jaringan.

“Apabila saya memandu ke pusat latihan (City) menggunakan kereta, ia sudah sesuatu yang mengagumkan,” pemain midfield Jerman itu memberitahu majalah Kicker.

“Anda tidak dapat membezakannya kepada kelab seperti Bayern Munich, ia adalah liga yang berbeza.

“Anda boleh melihat anda telah tiba di kelab kelas dunia, yang memiliki perancangan besar dan mahu untuk berkembang dalam masa beberapa tahun.

Gambar fail – Ilkay Gundogan (kanan) ketika beraksi pada perlawanan menentang Barcelona baru-baru ini. - AFP
Gambar fail – Ilkay Gundogan (kanan) ketika beraksi pada perlawanan menentang Barcelona baru-baru ini. – AFP

“Ia membawa tekanan tambahan dan tanggungjawab bagi pemain-pemain individu, ia adalah berbeza dengan Dortmund.

‘Ia jelas di sini pemain perlu bekerja keras untuk mencapai peringkat tertinggi.”

Gundogan menjaringkan dua gol menentang Barcelona dalam kemenangan City 3-1 di laman sendiri dalam persaingan Liga Juara-Juara minggu lalu, setelah menjaringkan dua gol dalam kemenangan Liga Perdana 4-0 ketika membenam West Bromwich Albion empat hari sebelumnya.

Pemain itu, 26, gembira bertugas di bawah bekas jurulatih Bayern, Guardiola, yang sebelumnya dikenalinya sebagai jurulatih yang menentang.

“Dia tidak meninggalkan segalanya kepada pemain dan tahu apa yang diberitahu kepada pemain dalam setiap kedudukan, terutamanya dari segi taktik,” kata Gundogan.

“Anda mempunyai perasaan bahawa 99 peratus pasti tidak cukup baginya, dia mahukan 100 peratus terhadap apa yang dirasakannya akan cukup sempurna bagi perlawanan dan pesaing.

“Sebagai contoh, menentang Barcelona dia menukar formasi selepas setengah jam dari 4-1-4-1 kepada 4-4-2.

“Dia memberikan kami perasaan yang berbeza sepenuhnya dan kami mengawal permainan.

“Ia adalah cara unik yang dilakukannya, tetapi pemain dari Bayern dan Barcelona sudah berkata mengenainya,” tambah Gundogan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA