City di tangga keempat EPL

City di tangga keempat EPL

MANCHESTER, 16 Mei (Agensi) – Manchester City mengesahkan tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) yang juga tiket terakhir ke Liga Juara-Juara sekali pun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Swansea City, malam tadi.

Keputusan di Etihad itu begitupun jelas bukan penamat yang diharapkan buat City yang dikemudi pengurus, Manuel Pellegrini buat kali terakhir, musim ini.

Pellegrini bakal digantikan dengan Pep Guardiola oleh City pada musim depan.

Sekali pun sekadar mencatat keputusan seri, ia begitupun sudah mencukupi buat City yang memiliki kelebihan perbezaan gol yang besar seandainya musuh tetangga, Manchester United turut mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir.

Aksi pemain Manchester City, Fernando (kiri) dan pemain Swansea City, Andre Ayew pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, Swansea, Wales, semalam yang membawa kesudahan keputusan seri 1-1. – AP
Aksi pemain Manchester City, Fernando (kiri) dan pemain Swansea City, Andre Ayew pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, Swansea, Wales, semalam yang membawa kesudahan keputusan seri 1-1. – AP

Begitupun, perlawanan terakhir United bertemu Bournemouth, malam tadi terpaksa ditunda atas ancaman keselamatan.

Kedua-dua musuh tetangga itu ketika ini dibezakan dengan 18 gol. Segala-galanya tampak berjalan seperti dirancang buat City pada awalnya selepas terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Kelechi Iheanacho seawal minit kelima perlawanan.

Begitupun, kegagalan mereka untuk menyempurnakan beberapa peluang yang ada sehingga terhidang membuka peluang buat Swansea untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri tuan rumah selepas sepakan percuma Andre Ayew terkena kepala Fernando, sekali gus mengecewakan Joe Hart.

ARTIKEL YANG SAMA