City diundi jumpa Steaua Bucharest

City diundi jumpa Steaua Bucharest

PARIS, 5 Ogos – Secara relatifnya Manchester City diundi akan mempunyai perlawanan mudah apabila diundi bertemu Steaua Bucharest pada aksi play-off Liga Juara-Juara.

City menduduki tangga keempat saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi kini dikendalikan Pep Guardiola yang diharap mampu menghadiahkan lebih banyak trofi kemenangan ke Stadium Etihad.

“Saya mahu mana-mana pasukan tetapi City pula,” kata jurulatih Steaua Laurentiu Reghecampf, manakala pengarah sukan City Txiki Begiristain mengambil pendekatan yang berhati-hati.

“Ia akan menjadi perlawanan sukar kerana Steaua berada semula di Eropah dan mereka mempunyai banyak bakat,” kata pemain Sepanyol.

Pengarah Sukan City Txiki Begiristain menyifatkan undian agak sukar kerana Steaua mempunyai ramai pemain hebat dan menyerlah di peringkat Eropah. Dalam undian berasingan, Porto akan menentang Roma manakala Monaco diundi bertemu Villarreal.

Keputusan undian kumpulan untuk Liga Juara-Juara yang dipamerkan pada panel elektronik di Ibu Pejabat UEFA di Nyon, Switzerland lewat petang tadi. – AFP
Keputusan undian kumpulan untuk Liga Juara-Juara yang dipamerkan pada panel elektronik di Ibu Pejabat UEFA di Nyon, Switzerland lewat petang tadi. – AFP

Sementara itu, juara Liga Scotland, Celtic pula akan bertemu Hapoel Beer-Sheva selepas menundukkan Astana pada pusingan kelayakan terdahulu. Hapoel, pasukan dari Israel mengatasi Olympiacos dengan agregat 1-0 pada pusingan kelayakan.

Kelab Ireland, Dundalk pula diundi menentang juara 11 kali Liga Poland, Legia Warsaw. Dundalk masih boleh melayakkan diri ke pusingan kumpulan Liga Juara-Juara meskipun mereka tewas pada aksi play off ini selepas mencatatkan kemenangan ke atas BATE Borisov di pusingan kelayakan.

Saingan play off pertama akan diadakan pada 16 dan 17 Ogos manakala aksi timbal balik pada 23 dan 24 Ogos ini. Juara pusingan play off itu akan mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara manakala pasukan yang tewas akan beraksi pada Liga Europa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA