City Hall tewaskan SPS United

City Hall tewaskan SPS United

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – City Hall kini kembali naik ke puncak liga selepas berjaya membenam SPS United dengan jaringan 4-0 di Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Tahun 2015-2016, hari ini.

Perlawanan yang bertempat di Padang Bola sepak Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas itu menyaksikan aksi pemain pertahanan City Hall, Awang Zulkifli bin Mohd Salleh membuka tirai jaringan gol jarak jauh dari separuh padang pada minit ke-19.

Sementara itu, pada minit ke-36 pula, Awang Zulkifli sekali lagi mengukuhan kedudukan pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol kedua yang lebih kurang sama dari jarah jauh lebih separuh padang, sekaligus mengubah kedudukan menjadi 2-0 memihak kepada City Hall.

Namun City Hall masih belum berpuas hati dengan kedudukannya menjaring dua gol sebelumnya dan terus mara untuk terus membenam pasukan lawan dengan jaringan gol ketiga pada separuh masa kedua, menjadikan kedudukan 3-0, hasil jaringan daripada Awang Mohd Aqim bin Haji Majid pada minit ke-51.

10 minit kemudian, penyerang City Hall, Awangku Mohd Yazeed bin Pengiran Haji Tajudin dengan bantuan Awang Mohd Hamdani bin Besar pula menjaringkan gol seterusnya, menjadikan kedudukan 4-0.

Antara aksi pemain dalam perlawanan di antara City Hall dengan SPS United.
Antara aksi pemain dalam perlawanan di antara City Hall dengan SPS United.

Keputusan 4-0 tersebut kekal hingga perlawanan ditamatkan oleh pengadil.

Perlawanan ini merupakan perlawanan City Hall kali keempat tanpa mengalami keputusan seri mahupun kalah.

City Hall kini berada di tangga pertama dalam kedudukan semasa liga berkenaan dengan 12 mata keseluruhan diikuti dengan PTC FT di tangga kedua dengan 10 mata keseluruhan.

Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir buat SPS United dalam liga tersebut setelah mengadakan enam perlawanan sebelumnya pada liga berkenaan.

Perlawanan seterusnya ialah di antara Komersial United menentang Flywheel FC pada hari Ahad ini, 21 Februari 2016, jam 4:30 petang, di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA