City janjikan pesta jaringan

City janjikan pesta jaringan

MANCHESTER, United Kingdom, 30 Okt (AFP) – Manuel Pellegrini berikrar Manchester City akan memberikan tumpuan terhadap satu lagi pesta jaringan ketika pasukan kental dalam Liga Perdana itu menumpukan perhatian ke atas Norwich City esok.

Pendahulu Liga Perdana itu mengalami kesukaran pada Ahad lalu apabila mereka hanya mampu seri 0-0 menentang pesaing Manchester United di Old Trafford.

Ia adalah kali pertama City gagal untuk menjaringkan gol musim ini dan biarpun mendapatkan mata berharga ke salah satu pesaing gelaran mereka, taktik konservatif mereka menarik kritikan dari sebahagian peminat.

Bagaimanapun, pengurus pasukan City, Pellegrini menjelaskan dia tidak menjangka mengulangi menentang Norwich selepas persaingan biasa diteruskan pada pertengahan minggu apabila kemenangan 5-1 ke atas Crystal Palace membawa City ke suku akhir Piala Liga.

“Ia adalah cara biasa kami beraksi. Mungkin ia satu insiden pada Ahad lalu terutamanya pada separuh masa kedua, kami tidak mencipta peluang,” kata Pellegrini.

Manuel Pellegrini (dua kiri) ketika menyelia permainan anak didiknya pada perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford di Manchester. Gambar dirakam pada 25 Oktober 2015. – AFP
Manuel Pellegrini (dua kiri) ketika menyelia permainan anak didiknya pada perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford di Manchester. Gambar dirakam pada 25 Oktober 2015. – AFP

“Tetapi ia bukanlah cara kami, ia begitu penting bagi pasukan untuk kembali menjaringkan gol.”

City telah menjaringkan 18 gol dalam empat perlawanan lalu kami di Eastlands dalam empat perlawanan yang berbeza.

Tiga dari perlawanan terakhir tidak melibatkan penjaring terbanyak Sergio Aguero, yang masih direhatkan dengan kecederaan hamstring.

Bagaimana pun, pemain midfield, David Silva dan Samir Nasri mungkin akan kembali dan Norwich, yang tewas 6-2 dalam perlawanan terakhir di gelanggang luar dan hanya mengekalkan satu perlawanan bersih sepanjang musim, mungkin menghadapi prospek penyerang baru, Kelechi Iheanacho.

ARTIKEL YANG SAMA