City kekal di puncak, Sterling cipta hatrik

City kekal di puncak, Sterling cipta hatrik

LONDON, 18 Okt – Manchester City terus unggul apabila membelasah Bourne-mouth 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, yang menyaksikan Raheem Sterling mencipta hatrik.

Pada babak pertama, City selaku tuan rumah sudah pun mendahului 4-1.

Sterling menyumbang gol pembukaan pada minit ke-7 dan diikuti gol oleh Wilfried Bony selang empat minit kemudian.

Bournemouth sempat membalas menerusi gol yang disumbat masuk oleh Glenn Murray, tetapi tidak mampu menambah lebih banyak jaringan sehingga tamat perlawanan.

Pada minit ke-26 bekas pemain Liverpool ini menendang masuk gol keduanya, mengukuhkan lagi kedudukan pasukan di puncak liga dengan 21 mata, diekori rapat Manchester United dengan 19 mata.

Pemain tengah Manchester City, Raheem Sterling (kiri) tatkala merembat masuk gol pembukaan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stadium Etihad, Manchester. - Agensi
Pemain tengah Manchester City, Raheem Sterling (kiri) tatkala merembat masuk gol pembukaan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Stadium Etihad, Manchester. – Agensi

Sterling sekali lagi membolosi gawang lawan untuk gol ketiga pasukan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Penampilan hebat Sterling telah mengundang pujian daripada Manuel Pellegrini, walaupun pengurusnya itu mempunyai pandangannya sendiri terhadap pemain berusia 20 tahun itu.

“Saya fikir adalah sesuatu yang penting apabila Raheem memberikan tiga gol hari ini. Bagaimanapun dia masih perlu memperkemaskan permainannya. Dia telah melakukannya hari ini. Dia masih muda dan akan terus menjadi lebih baik,” kata Pellegrini pada sidang media selepas perlawanan.

“Saya merasakan dia bukanlah penyerang seperti Sergio Aguero atau Bony, tetapi tahun ini saya dapat katakan, apabila dia tiba, saya yakin dia bakal menyumbang lebih banyak gol.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA