City kekalkan kemenangan

City kekalkan kemenangan

LIVERPOOL, 24 Ogos (AFP) – Manchester City melakar kemenangan ketiga berturut-turut pada kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Everton 2-0, kelmarin.

Kedua-dua gol Man City dijaringkan pada babak kedua bermula dengan gol Aleksandar Kolarov pada minit ke-60 diikuti jaringan lewat permainan Samir Nasri.

Bekas pemain Liverpool, Raheem Sterling menjadi perancang kepada gol Kolarov itu. Nasri yang masuk pada babak kedua turut menewaskan Tim Howard hasil permainan satu dua menariknya bersama Yaya Toure.

City sebelum ini menewaskan West Bromwich Albion pada perlawanan pembukaan liga sebelum membelasah Chelsea 3-0, minggu lalu.

Kemenangan menyaksikan City ketika ini memimpin pendahulu liga selepas mengumpul sembilan mata maksimum.

Samir Nasri meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya David Silva. - AFP
Samir Nasri meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya David Silva. – AFP